Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
123

Bab 123 · 2 doa

Bacaan ketika di atas bukit Safa dan Marwah

123.1

لَمَّا دَنَا النَّبِيُّ ﷺ مِنَ الصَّفَا قَرَأ: إنَّ الصَّفَا وَالمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللهِ أبْدَأ بِمَا بَدَأ اللهُ بِهِ

Ketika Nabi ﷺ dekat dengan bukit Safa, baginda membaca: "Sesungguhnya Bukit Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar tempat beribadat kepada Allah. Aku memulai sa'i dengan apa yang didahulukan oleh Allah." (HR. Muslim: 2/888).

Hafaz
123.2×3

فَبَدأ بِالصَّفَا، فَرَقِيَ عَلَيْهِ، حَتَّى رَأَى البَيْتَ، فَاسْتَقْبَلَ القِبْلَةَ، فَوَحَّدَ اللهَ، وَكَبَّرَهُ، وَقَالَ: لَا إلَهَ إلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لَا إلَهَ إلَّا اللهٌ وَحْدَهُ، أنْجَزَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ ثُمَّ دَعَا بَيْنَ ذَلِكَ، قَالَ مِثْلَ هَذَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ...، الحَدِيْثُ، وَفِيْهِ: فَفَعَلَ عَلَى المَرْوَةِ كَمَا فَعَلَ عَلَى الصَّفَا

Kemudian Nabi ﷺ naik ke atas Bukit Safa sehingga melihat Kaabah dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Baginda ﷺ membaca kalimah tauhid dan bertakbir. “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa sekutu bagiNya, bagiNya Kerajaan dan bagiNya Kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya. Allah telah menepati janjiNya dan membela hambanya dan mengalahkan tentera musuh dengan sendiriNya.” Kemudian Nabi ﷺ berdoa di antara keduanya. Baginda ﷺ membacanya sebanyak [3 kali]. Di dalam hadis tersebut juga dikatakan bahawa Nabi ﷺ membaca di atas Bukit Marwah seperti bacaannya di Bukit Safa. (HR. Muslim: 2/888).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema