Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
30

Bab 30 · 11 doa

Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam

30.1

اللّٰهُــمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian dan aku berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal." (HR. Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412, lafaz hadis darinya).

Hafaz
30.2

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْـيَا وَالْمَمَاتِ . اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

"Ya Allah, aku berlindung dengabMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Al-Masih Dajjal dan aku berlindung denganMu daripada fitnah yang hidup dan yang mati. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang." (HR. Bukhari: 2/102 dan Muslim: 1/412).

Hafaz
30.3

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيْراً، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

"Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang mengampunkan dosa kecuali Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan daripadaMu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (HR. Bukhari: 8/168 dan Muslim: 4/2078).

Hafaz
30.4

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang dahulu dan yang kemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku zahirkan, yang aku terlanjur dan yang Engkau lebih mengetahui mengenainya dariku. Engkaulah yang dahulu dan Engkaulah yang kemudian. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau." (HR. Muslim: 1/534).

Hafaz
30.5

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

"Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu serta melakukan ibadat yang terbaik kepadaMu." (HR. Abu Daud: 2/86 dan An-Nisa'i: 3/53. Lihat Sahih Abu Daud: 1/284).

Hafaz
30.6

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada sifat bakhil, aku berlindung denganMu daripada menjadi pengecut, aku berlindung denganMu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), aku berlindung denganMu daripada fitnah dunia dan aku berlindung denganMu daripada azab kubur." (HR. Bukhari serta Fathul Bari: 6/35).

Hafaz
30.7

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

"Ya Allah, aku memohon daripadaMu syurga dan aku berlindung denganMu daripada neraka." (HR. Abu Daud. Lihat Sahih Ibnu Majah: 2/328).

Hafaz
30.8

اللّٰهُمَّ بِعِلْمِكَ الغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ أَحْيِنِيْ مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْراً لِي، وَتَوَفَّنِيْ إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْراً لِي، اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِيْ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِيْ الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِيْ الْغِنَى وَالْفَقْرِ، وَأَسْأَلُكَ نَعِيْماً لَا يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْــــأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ، وَالشَّوْقَ إِلَى لِقائِكَ فِيْ غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ، وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اللّٰهُمَّ زَيِّنَا بِزِيْنَةِ الإِيْمَانِ، وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِيْنَ

"Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, aku memohon daripadaMu sifat takutkan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon kata-kata yang benar ketika redha dan semasa marah, aku memohon kepadaMu kesederhanaan semasa susah atau senang, aku memohon kepadaMu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepadaMu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepadaMu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepadaMu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepadaMu kelazatan melihat wajahMu, kerinduan untuk bertemu denganMu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami petunjuk kepada orang yang mendapat petunjuk." (HR. An-Nasa'i: 3/54, 55 dan Ahmad: 4/364. Lihat Sahih An-Nasa'i: 1/281).

Hafaz
30.9

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ يَا أَللّٰهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ، وَلَمْ يَكنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ، أَنْ تَغْفِرَ لِيْ ذُنُوْبِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِّيْمُ

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu bahawa aku telah mengaku bahawa Engkaulah Tuhan yang Esa, yang berganting padaNya setiap sesuatu, yang tidak beranak dan diperanakkan, tidak ada seorang pun yang setara denganNya, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (HR. An-Nasa'i: 3/52 dan Ahmad: 4/338. Lihat Sahih An-Nasa'i: 1/280).

Hafaz
30.10

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ وَحْدَكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، يَا بَدِيْعَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ، يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sesungguhnya bagi Engkaulah kepujian, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau Yang Esa tiasa sekutu bagi Engkau, Yang Menganugerahi, Yang Mengadakan langit dan bumi, Yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan Yang Tetap Hidup, Yang Kekal mentadbir selama-lamanya, aku memohon kepadaMu syurga dan aku berlindung denganMu daripada neraka." (HR. Ashab As-Sunan. Lihat Sahih Ibnu Majah: 2/329).

Hafaz
30.11

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِأَنِّيْ أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللّٰهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِيْ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu, sesungguhnya aku telah mengaku bahawa Engkaulah Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau yang Esa, yang bergantung padaNya setiap sesuatu, Yang tidak beranak dan diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara denganNya." (HR. Abu Daud: 2/62, At-Tirmidzi: 5/515, Ibnu Majah: 2/1267 dan Ahmad: 5/360. Lihat juga Sahih Ibnu Majah: 2/329 dan Sahih At-Tirmidzi: 3/163).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema