Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
33

Bab 33 · 3 doa

Doa qunut solat witir

33.1

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ والَيْتَ، [وَ لَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ]، تَبارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

“Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maha Berkat Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.” (HR. Ashab As-Sunan, Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim, Al-Baihaqi. Lihat Sahih At-Tirmidzi: 1/144, Sahih Ibnu Majah: 1/194 dan Irwa' Al-Ghalil: 2/172).

Hafaz
33.2

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

“Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dariapda kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada azab siksaanMu dan aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu, aku tidak dapat memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.” (HR. Ashab As-Sunan dan Ahmad. Lihat Sahih Tirmidzi: 3/180, Sahih Ibnu Majah: 1/194, serta kitab Irwa' Al-Ghalil: 2/175).

Hafaz
33.3

اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ بِالكَافِرِيْنَ ملْحَقٌ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ الخَيْرَ، وَلَا نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَخْضَعُ لَكَ، وَنَخْلَعُ مَنْ يَكْفُرُكَ

“Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepadaMu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmatMu dan kami gerun akan azab siksaMu. Sesungguhnya azak siksaMu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolonganMu, kami memohon keampunanMu dan kami memujiMu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepadaMu, kami beriman kepadaMu, kami tunduk kepadaMu dan kami berlepas diri daripada orang yang kufur kepadaMu.” (HR. Baihaqi dalam Sunan Kubra: 2/211 dengan mentashihkan sanadnya, kata Al-Albani dalam Irwa' Al-Ghalil: 2/170 sanad ini sahih dan ianya dari kata-kata Saiyidina Umar RA.).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema