Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
35

Bab 35 · 6 doa

Doa ketika sedih dan berduka

35.1

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وجَلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu. Terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau telah namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.“ (HR. Ahmad: 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadis tersebut adalah sahih).

Hafaz
35.2

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالْحَـزَنِ، والعَجْـزِ والكَسَلِ، والبُخْلِ والجُبْنِ، وضَلَعِ الدَّيْنِ وغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.“ (HR. Bukhari: 7/158. Lihat Fathul Bari: 11/173).

Hafaz
35.3

لَا إلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ العَرْشِ العَظِيْمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ، وَرَبُّ الأَرْضِ وَرَبُّ العَرْشِ الكَرِيْمِ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan Arasy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan Arasy yang mulia.“ (HR. Bukhari: 7/154 dan Muslim: 4/2092).

Hafaz
35.4

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجـُو، فَلا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أنْتَ

“Ya Allah, demi rahmatMu aku memohon maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata dan perelokkanlah urusanku keseluruhannya, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.“ (HR. Abu Daud: 4/324 dan Ahmad: 5/42. Sahih Abu Daud: 3/959).

Hafaz
35.5

لَا إِلَهَ إِلَّا أنْتَ سُبْحَانَكَ، إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim.“ (At-Tirmidzi: 5/529 dan Al-Hakim: 1/505 menghukumnya sahih dan Az-Zahabi menyokongnya. Lihat juga Sahih At-Tirmidzi: 3/168).

Hafaz
35.6

اللهُ اللهُ رَبِّي لَا أُشْرِكُ بِهِ شَيْئاً

“Allah, Allah Tuhanku, tidak akan aku sekutukanNya dengan sesuatu.“ (HR. Abu Daud: 2/87. Lihat Sahih Ibnu Majah: 2/335).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema