Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
37

Bab 37 · 2 doa

Doa menentang kezaliman penguasa

37.1

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ، وَرَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ، كُنْ لِي جَاراً مِنْ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ، وَأَحْزَابِهِ مِنْ خَلائِقِكَ؛ أَنْ يَفْرُطَ عَلَيَّ أَحَدٌ مِنهُمْ أوْ يَطْغَى، عَزَّ جَارُكَ، وَجَلَّ ثَنَائُكَ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ

“Ya Allah, Tuhan pemilik tujuh lapis langit dan Tuhan pemilik Arasy yang agung, jadikanlah pelindungku daripada fulan bin fulan, dan kuncu-kuncunya daripada makhlukMu yang mahu bertindak jahat atau ganas ke atasku. Sangat mulia perlindunganMu dan sangat tinggi pujianMu, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.“ (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 707. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Adab Al-Mufrad, no. 545).

Hafaz
37.2×3

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَعَزُّ مِنْ خَلْقِهِ جَمِيْعًا، اللهُ أَعَزُّ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ، أَعُوذُ باللهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، الْمُمْسِكِ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ أَنْ يَقَعْنَ عَلَى الأَرْضِ إِلَّا بِإِذْنِهِ، مِنْ شَرِّ عَبْدِكَ فُلَانٍ، وُجُنُودِهِ وَأَتْبَاعِهِ وَأَشْيَاعِهِ، مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ، اللَّهُمَّ كُنْ لِي جَارًا مِنْ شَرِّهِمْ، جَلَّ ثَنَاؤُك، وَعَزَّ جَارُكَ، وَتَبَارَكَ اسْمُكَ: وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ. [ثَلاثَ مَرَّاتٍ]

“Allah Maha Besar, Allah Sangat Mulia daripada semua makhluknya. Allah Sangat Mulia daripada semua yang aku takut dan berhati-hati terhadapnya, aku berlindung dengan Allah Yang Tiada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang memegang tujuh lapis langit daripada terjatuh menimpa bumi kecuali dengan izinNya, daripada kejahatan fulan bin fulan, dan pengikut serta kuncu-kuncunya daripada kalangan jin dan manusia. Ya Allah, peliharalah aku daripada kejahatan mereka. peliharalah aku daripada kejahatan mereka. Sangat tinggi pujianMu dan sangat mulia pemeliharaanMu, Maha Berkat namaMu, Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.“ [3 kali] (HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 708. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Adab Al-Mufrad, no. 546).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema