Rasulullah ﷺ bersabda: “Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman dan tidak sempurna iman kamu hingga kamu berkasih sayang sesama muslim. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu suatu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu.” (HR. Muslim: 1/74, dan begitu juga imam yang lain).
“Ada tiga perkara yang apabila orang mampu melakukannya maka dia telah mengumpulkan keimanan: 1. Menginsafi diri; 2. Mengucapkan salam kepada orang alim; dan 3. Memberi derma dalam keadaan fakir.” (HR. Bukhari dalam Fathul Bari: 1/82, dari kata-kata 'Ammar RA.).
Daripada Abdullah bin Umar RA: Seorang lelaki bertanya kepada Nabi ﷺ : Manakah Islam yang paling baik? Sabda Baginda ﷺ yang bermaksud : “Hendaklah engkau memberi makan dan mengucapkan salam kepada mereka yang kamu kenal dan yang tidak kenal.” (HR. Bukhari dengan Fathul Bari: 1/55, Muslim: 1/65).