“Telah hilanglah dahaga, telah basah urat saraf dan telah tetaplah ganjaran Insya Allah. (sekiranya dikehendaki Allah).” (HR. Abu Daud: 2/306 dan begitu juga imam hadis yang lain. Lihat Sahih Al-Jami': 4/209).
“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu supaya Engkau mengampunkan kesalahanku.” (HR. Ibnu Majah: 1/557. Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Takhrij Al-Azkar, lihat Syarh Al-Azkar: 4/342).