Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
21

Bab 21 · 5 doa

Doa ketika dan selepas Azan

21.1

يَقُولُ مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ إلَّا فِي (حَيَّ عَلَى الصَّلاةِ) وَ (حَيَّ عَلَى الفَلاحِ) فَیُبْدِلُھُمَا: لَا حَولَ وَ لَا قُوَّةَ إلَّا بِاللهِ.

"Sesiapa yang mendengar azan hendaklah dia mengulangi kalimah yang diucapkan oleh muazzin kecuali ketika : حي على الصلاة dan حي على الفلاح . Ketika itu sebutlah لَا هَوْلَ وَلَا قُوَّتَ اِلَّابِاللّهِ "Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah." (HR. Bukhari: 1/152 dan Muslim: 1/288).

Hafaz
21.2

وَأَنَا أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، رَضِيْتُ بِاللّٰهِ رَبًّا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلاً، وَبِالْإِسْلَامِ دِيْنًا. (يَقُولَ ذَلِكَ عَقِبَ تَشَهُّدِ المُؤَذِّنِ)

"Aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu baginya dan Nabi Muhammad ﷺ adalah hamba serta utusanNya. Aku redha Allah sebagai Tuhan, Nabi Muhammad ﷺ sebagai Rasul dan Islam sebagai agama." (Ucaplah selepas muazzin mengucap Kalimah Syahadah) (HR. Muslim: 1/290, 1/288 dan Ibnu Khuzaimah: 1/220).

Hafaz
21.3

يُصَلِّي عَلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم بَعْدَ فَرَاغِهِ مِنْ إِجَابَةِ المُؤَذِّنِ.

Berselawat ke atas Rasulullah ﷺ selepas selesai mengikuti ucapan muazzin. (HR. Muslim: 1/288).

Hafaz
21.4

اللّٰهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحمُوْداً الَّذِيْ وَعَدْتَهُ، [إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ]

"Ya Allah, Tuhan yang mensyariatkan seruan azan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad ﷺ keutamaan dan kelebihan, kemuliaan dan darjat yang tinggi serta limpahkanlah kepadanya maqam yang terpuji yang telah Engkau janjikannya, [Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji]". (HR. Bukhari: 1/152 dalam kurungan: إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادِ riwayat Al- Baihaqi: 1/410. Kata Ibnu Baz sanadnya hasan. Lihat Tuhfatul Akhyar, ms. 38).

Hafaz
21.5

يَدْعُو لِنَفْسِهِ بَيْنَ الأَذَانِ وَالإِقَامَةِ؛ فَإنَّ الدُّعَاءَ حِيْنَئذٍ لَا يُرَدُّ.

Berdoalah untuk diri sendiri di antara azan dan iqomah kerana doa pada waktu itu tidak ditolak (akan diperkenankan). (HR. At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ahmad: 3/119. Lihat juga Irwa' Al-Ghalil: 1/262).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema