Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
22

Bab 22 · 6 doa

Doa Iftitah (Permulaan Solat)

22.1

اللّٰهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اللّٰهُمَّ نَقِّنِيْ مِنْ خَطَايَايَ كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللّٰهُمَّ اغْسِلْنْي مِنْ خَطَايَايَ، بِالثَّلْجِ وَالْمْاءِ وَالْبَرَدِ

"Ya Allah, jauhilah di antaraku dan kesalahanku seperti Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, sucikanlah aku dari kesalahanku seperti dibersihkan kain yang putih dari kotoran. Ya Allah, bersihkanlah aku dari kesalahanku dengan air salji, air dan air sejuk". (HR. Bukhari: 1/181 dan Muslim: 1/419).

Hafaz
22.2

سُبْحانَكَ اللّٰهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، وَتَبارَكَ اسْمُكَ، وَتَعَالَى جَدُّكَ، وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ

"Maha Suci Engkau Ya Allah dengan memujiMu, berkat namaMu, tinggi kemuliaanMu dan tiada Tuhan yang berhak disembah selainMu." (HR. Ashab As-Sunan Al-Arbaah. Lihat juga Sahih At-Tirmidzi: 1/77 dan Sahih Ibnu Majah: 1/135).

Hafaz
22.3

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيفاً وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ, وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي، وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي، وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعاً إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لأَحْسَنِ الأَخْلاقِ لا يَهْدِي لأَحْسَنِهَا إلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ.

"Aku menghadapkan mukaku kepada Tuhan pencipta langit dan bumi dengan berpegang pada agama yang lurus dan aku bukan daripada golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku dan hidupku serta matiku adalah untuk Allah, tuhan sekelian alam, tiada sekutu bagiNya dan untuk itu aku diperintahkan dan aku termasuk daripada golongan orang muslimin. Ya Allah, Engkau adalah pemerintah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau Tuhanku dan aku hambaMu, aku telah menzalami diriku dan mengakui kesalahanku, maka ampunilah semua kesalahanku. Sensungguhnya tiada yang boleh mengampuni kesalahan selain Engkau. Tunjukkan kepadaku akhlak yang baik, tidak ada yang boleh menunjukkan kepadanya kecuali Engkau. Hindarkan aku dari akhlak yang jahat, tiada yang boleh menghindarkanku daripadanya kecuali Engkau. Aku sahut seruanMu dengan kegembiraan yang berganda-ganda, seluruh kebaikan di kedua tanganMu. Kejahatan tidak ada padaMu. Aku hidup dengan pertolonganMu dan untukMu. Maha Suci Engkau dan Maha Tinggi, aku memohon keampunanMu dan aku bertaubat kepadaMu." (HR. Muslim: 1/534).

Hafaz
22.4

اللّٰهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيْلَ، وَمِيْكَائِيْلَ، وَإِسْرَافِيْلَ، فَاطِرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، عَالِمَ الغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ، اهْدِنِيْ لِمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ إِنَّكَ تَهْدِيْ مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقيْمٍ

"Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil. Pencipta langit dan bumi, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah yang menghakimi di antara hambaMu dalam setiap perkara yang mereka perselisihan. Pimpinlah aku di dalam perselisihan itu ke arah kebenaran dengan keizinanMu, sesungguhnya Engkau memimpin orang yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus." (HR. Muslim: 1/534).

Hafaz
22.5×3

اللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، اللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، اللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللّٰهِ بُكْرَةً وَّأَصِيْلاً (ثَلاثًا) أَعُوْذُ بِاللّٰهِ مِنَ الشَّيْطَانِ مِنْ نَفْخِهِ، وَنَفْثِهِ، وَهَمْزِهِ.

“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, Maha suci Allah pada wktu pagi dan petang”. [3 kali]. “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, godaannya, tiupannya dan rayuannya”. (HR. Abu Daud: 1/203, Ibnu Majah: 1/265, Ahmad: 4/85, dan Muslim: 1/420 dari Ibnu Umar seumpamanya an terdapat kisah padanya).

Hafaz
22.6

اللّٰهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَوْاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَلَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ الْحَقُّ، وَالْجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ حَقٌّ، وَالسّاعَةُ حَقٌّ، اللّٰهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ، وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَنْتَ إِلَهِيْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ .

"Ya Allah, bagiMu segala kepujian Engkaulah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah yang mengurusi langit dan bumi serta segala yang ada di dalamnya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah yang mengurusi langit dan bumi serta segala yang ada didalamnya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya. Bagi Engkau kepujian, kepunyaan Engkau kerajaan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya. Bagi Engkau kepujian, Engkaulah penguasa langit dan bumi. Bagi Engkau kepujian, Engkau Yang Maha Benar. Janji engkau adalah benar, percakapan Engkau adalah benar, pertemuan denganMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, Nabi-nabi adalah benar, Nabi Muhammad ﷺ adalah benar dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepadaMu aku berserah, kepadaMu aku bertawakal, denganMu aku beriman, kepadaMu aku bertaubat, dengan pertolonganMu aku berhujjah dan ke arah Engkau aku membuat keputusan. Ampunilah dosaku yang terdahulu dan terkemudian, yang aku sembunyikan dan yang aku zahirkan. Engkaulah yang terawal dan yang terakhir, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau." (HR. Bukhari serta Fathul Bari: 3/3, 11/116, dan 13/371, 423, 465 dan Muslim: 1/532 dengan ringkas seumpamanya).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema