Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
24

Bab 24 · 3 doa

Doa ketika bangun dari rukuk (I'tidal)

24.1

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ.

"Allah telah mendengar orang-orang yang memujiNya." (HR. Bukhari serta Fathul Bari: 2/282).

Hafaz
24.2

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْداً كَثِيْراً طَيِّباً مُبارَكاً فِيْهِ .

"Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian, pujian yang banyak, elok dan mengandungi keberkatan padanya." (HR. Bukhari serta Fathul Bari: 2/284).

Hafaz
24.3

مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَ الأَرْضِ، وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيءٍ بَعْدُ، أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ، اللّٰهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ.

"(Aku memujiMu) dengan pujian sepenuh langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dan sepenuh yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Mulia. Inilah sebenarnya yang berhak dikatakan oleh hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menegah sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau tegahkan dan tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau." (HR. Muslim: 1/346).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema