Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
25

Bab 25 · 7 doa

Doa ketika sujud

25.1×3

سُبْحَانَ رَبَّيَ الأَعْلَى (ثلاثا)

"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi". [3 kali] (HR. Ashab As-Sunan dan Ahmad. Lihat Sahih At-Tirmidzi: 1/83).

Hafaz
25.2

سُبْحَانَكَ اللّٰهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِيْ

"Maha Suci Engkau Ya Allah, Ya Allah kami dan segala puji untukMu. Ya Allah, ampunilah daku." (HR. Bukhari: 1/99 dan Muslim: 1/350).

Hafaz
25.3

سُبُّوحٌ، قُدُّوسٌ، رَبُّ المَلائِكَةِ وَالرُّوحِ.

"Maha Suci Tuhan dari segala keaiban, Yang Maha Suci, Tuhan malaikat dan roh." (HR. Muslim: 1/533).

Hafaz
25.4

اللّٰهُمَّ لَكَ سَجَدْتُ وَبِكَ آمَنْتُ، وَلَكَ أَسْلَمْتُ، سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ، وَصَوَّرَهُ، وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ، تَبَارَكَ اللّٰهُ أَحْسنُ الْخَالِقِيْنَ

"Ya Allah, kepadaMu aku sujud, kepadaMu aku beriman dan kepadaMu aku berserah. Aku sujudkan wajahku ini kepada Yang menciptanya dan membentuk rupanya serta membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta." (HR. Muslim: 1/534 dan lain).

Hafaz
25.5

سُبْحَانَ ذِيْ الْجَبَرُوْتِ، وَالْمَلَكُوْتِ، وَالْكِبْرِيَاءِ، وَالْعَظَمَةِ .

"Maha Suci Tuhan Yang mempunyai kekuasaan dan kerajaan, kebesaran dan keagungan". (HR. Abu Daud: 1/230, An-Nasa'i dan Ahmad. Dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Abu Daud: 1/166).

Hafaz
25.6

اللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ كُلَّهُ، دِقَّهُ وَجِلَّهُ، وَأَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، وَعَلَانِيَّتَهُ وَسِرَّهُ

"Ya Allah, ampunilah dosaku seluruhnya, yang kecil dan yang besar, yang awal dan yang akhir yang nyata dan yang terselindung." (HR. Muslim: 1/350).

Hafaz
25.7

اللّٰهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ، لَا أُحْصِيْ ثَنَاءً عَلَيْكَ، أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ

"Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu dan dengan keampunanMu dari balasanMu dan aku berlindung denganMu bahawa aku tidak dapat memuji Engkau seperti Engkau memuji ke atas diri Engkau sendiri." (HR. Muslim: 1/352).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema