Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
64

Bab 64 · 6 doa

Istighfar dan taubat

64.1

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «وَاللهِ إِنِّي لأسْتَغْفِرُ اللهَ وَأ تُوبُ إلَيْهِ فِي اليَوْمِ أكثَرَ مِنْ سَبْعِيْنَ مَرَّةٍ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Demi Allah! Sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari tujuh puluh kali.” (HR. Bukhari dalam Fathul Bari: 11/101).

Hafaz
64.2

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ تُوبُوا إلَى اللهِ، فَإِنِّي أتُوبُ إلَيْهِ مِئَةَ مَرَّةٍ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai manusia! Bertaubatlah kamu kepada Allah! sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya setiap hari seratus kali.” (HR. Muslim: 4/2076).

Hafaz
64.3

أسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ الَّذِي لَا إلَهَ إلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأتُوبُ إلَيْهِ

“Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.” (HR. Abu Daud: 2/85, At-Tirmidzi: 5/569, Al-Hakim dan menurut pendapatnya hadis di atas adalah sahih. Az-Zahabi menyetujuinya 1/511, Al-Albani menyatakan hadis tersebut adalah sahih. Lihat pula Sahih At-Tirmidzi: 3/182, Al-Jami' Al-'Usul Li-Ahadith Al-Rasul: 4/389-390 dengan tahqiq Al-Arnauut).

Hafaz
64.4

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «أقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنَ العَبْدِ، فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ؛ فَإنْ اسْتَطَعْتَ أنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللهَ فِي تِلْكَ السَّاعَةِ؛ فَكُنْ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu malam itu hendaklah kamu lakukan.” (HR. At-Tirmidzi, An-Nasa'i: 1/279 dan Al-Hakim, lihat Sahih At-Tirmidzi: 3/183, Al-Jami' Al-'Usul dengan tahqiq Al-Arnauut: 4/144).

Hafaz
64.5

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «أقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ، وَهُوَ سَاجِدٌ فَأكْثِرُوا الدُّعَاءَ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.” (HR. Muslim: 1/350).

Hafaz
64.6

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «إنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِي، وَإنِّي لأسْتَغْفِرُ اللهَ فِي اليَوْمِ مِئَةَ مَرَّةٍ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari seratus kali.” (HR. Muslim: 4/2075, Ibnu Al-Athir berkata: maksud 'Ada tutupan di hatiku' : Lupa, kerana Nabi ﷺ sentiasa berzikir dan menghampirkan diri kepada Allah. Apabila berlaku terlupa sedikit atau sekejap, Baginda ﷺ telah merasakannya satu kesalahan dan terus beristighfar kepada Allah. Lihat Jami' Al-Usul: 4/386).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema