Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
65

Bab 65 · 12 doa

Keutamaan Tasbih, Tahmid dan Takbir

65.1

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَومٍ مِئَةَ مَرَّةٍ، حُطَّتْ خَطَايَاهُ، وَلَو كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca: "Maha Suci Allah dan bagiNya segala pujian" setiap hari seratus kali, dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di laut.” (HR. Bukhari: 7/168, Muslim: 4/2071).

Hafaz
65.2

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «مَنْ قَالَ: لَا إلَهَ إلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مِرَارٍ، كَانَ كَمَنْ أعْتَقَ أرْبَعَةَ أنْفُسٍ مِنْ وَلَدِ إسْمَاعِيلَ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca: "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya Kerajaan dan bagiNya Kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu" sepuluh kali, baginya pahala seperti mereka yang memerdekakan empat orang dari keturunan Nabi Ismail A.S.” (HR. Bukhari: 7/67, Muslim dengan lafaz yang sama 4/2071).

Hafaz
65.3

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيلَتَانِ فِي الِميْزَانِ، حَبِيبَتَانِ إلَى الرَّحْمَنِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: "Maha Suci Tuhan dan bagiNya segala pujian dan Maha Suci Tuhan Yang Maha Agung.” (HR. Bukhari: 7/168, Muslim: 4/2072).

Hafaz
65.4

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «لَأنْ أقُولَ: سُبْحَانَ اللهِ، وَ الحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إلَهَ إلَّا اللهُ، وَاللهُ أكْبَرُ، أحَبُّ إلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya aku membaca : "Maha Suci Allah, dan bagiNya segala kepujian, Tiada Tuhan yang berhak disembah selainNya, dan Allah Maha Besar" lebih aku suka dari semua yang disinari oleh matahari ke atasnya.” (HR. Muslim: 4/2072).

Hafaz
65.5

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «أيَعْجِزُ أحَدُكُمْ أنْ يَكْسِبَ كُلَّ يَوْمٍ ألْفَ حَسَنَةٍ» فَسَألَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ: كَيْفَ يَكْسِبُ أحَدُنَا ألْفَ حَسَنَةٍ؟ قَالَ: «يُسَبِّحُ مِئَةَ تَسْبِيْحَةٍ، فَيُكْتَبُ لَهُ ألْفُ حَسَنَةٍ، أوْ يُحَطُّ عَنْهُ ألْفُ خَطِيْئَةٍ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Apakah kamu lemah untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?. Salah seorang dari sahabat yang ada bersama Baginda Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud : bertanya : Bagaimana kami boleh melakukan seribu kebaikan? Sabda Baginda ﷺ : "Ucaplah Tasbih seratus kali nescaya ditulis baginya seribu kebaikan atau dihapuskan darinya seribu kesalahan.” (HR. Muslim: 4/2073).

Hafaz
65.6

قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ العَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ، غُرِسَتْ لَهُ نَخْلَةٌ فِي الجَنَّةِ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang membaca: "Maha Suci Tuhan yang Maha Agung dan bagiNya segala pujian" nescaya ditanam baginya sepohon kurma di dalam syurga.” (HR. At-Tirmidzi: 5/511, Al-Hakim: 1/501. Menurut pendapatnya, hadis tersebut sahih. Az-Zahabi menyetujuinya. Lihat pula Sahih Al-Jami': 5/531 dan Sahih At-Tirmidhi: 3/160).

Hafaz
65.7

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِااللهِ

“Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.“ (HR. Bukhari dalam Fathul Bari: 11/213 dan Muslim: 4/2076).

Hafaz
65.8

قَالَ ﷺ: «أحَبُّ الكَلَامِ إلَى اللهِ أرْبَعٌ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ للهِ، وَلَا إلَهَ إلَّا اللهُ، وَاللهُ أكْبَرُ، لَا يَضُرُّكَ بِأيِّهِنَّ بَدَأْتَ»

Rasulullah ﷺ bersabda: “Ucapan yang paling disukai oleh Allah ialah empat : "Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Allah Maha Besar" tiada masalah sekiranya kamu mulai dengan salah satu daripadanya dan diikuti dengan yang lainnya.“ (HR. Muslim: 3/1685).

Hafaz
65.9

جَاءَ أعْرَابِيٌّ إلَى رَسُولُ اللهِ ﷺ فَقَالَ: عَلِّمْنِي كَلَامًا أقُولُهُ؟ قَالَ: «قُلْ: لَا إلَهَ إلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، اللهُ أكْبَرُ كَبِيْراً، وَالحَمْدُ للهِ كَثِيْراً، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِااللهِ العَزِيزِ الحَكِيمِ»، قَالَ: فَهَؤُلَاءِ لِرَبِّي فَمَا لِي؟ قَالَ: «قُلْ: اللهم اغْفِرلِي، وَارْحَمْنِي، واهْدِنِي، وَارْزُقْنِي»

Seorang Arab Badwi datang bertemu Rasulullah ﷺ dan berkata: “Ajarkan saya satu ucapan yang akan saya ucapkan. Sabda Baginda ﷺ Ucaplah : "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, Allah Yang Maha Besar lagi Agung, segala pujian sebanyaknya bagi Allah, Maha Suci Allah Tuhan sekalian alam, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia lagi Bijaksana". Kata Orang Badwi tersebut, Ucapan itu untuk Tuhanku, mana untuk diriku? Sabda Nabi ﷺ , Ucaplah : "Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku dan berilah rezeki kepadaku. ” (HR. Muslim: 4/2072. Abu Daud menambah: Apabila orang badwi tersebut pergi, Nabi ﷺ bersabda : "Sesungguhnya telah penuh kedua tangannya dengan kebaikan.” 1/220).

Hafaz
65.10

كَانَ الرَّجُلُ إذَا أَسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبِيُّ ﷺ الصَّلَاةَ، ثُمَّ أمَرَهُ أنْ يَدْعُوَ بِهَؤُلَاءِ الكَلِمَاتِ: «اللهم اغْفِرْلِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وِعَافِنِي، وَارْزُقْنِي»

Apabila seorang lelaki memeluk Islam, Nabi ﷺ mengajarnya sembahyang dan menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini : “Ya Allah, amunilah kesalahanku, kesihanilah aku, berilah petunjuk dan kesejahteraan kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”. (HR. Muslim: 4/2073, Dalam satu riwayat: Kerana bacaan tersebut menghimpunkan bagimu kebaikan dunia dan akhirat).

Hafaz
65.11

إنَّ أفْضَلَ الدُّعَاءِ: الحَمْدُ لِلَّهِ، وَأفْضَلُ الذِّكْرِ: لَا إلَهَ إلَّا اللهُ

Sebaik-baik (Afdhal) doa ialah : "Segala puji bagi Allah". Dan sebaik-baik (afdhal) zikir ialah : "Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah." (HR. At-Tirmidzi: 5/462, Ibnu Majah: 2/1249, Al- Hakim: 1/503. Menurut Al-Hakim, hadis tersebut adalah sahih. Az-Zahabi menyetujuinya. Lihat pula Shahih Al-Jami': 1/362).

Hafaz
65.12

البَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ: سُبْحَانَ اللهِ، وَالحَمْدُ للهِ، وَلَا إلَهَ إلَّا اللهُ، وَاللهُ أكْبَرُ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إلَّا بِااللهِ

"Kalimah-kalimah yang baik dan amalan-amalan yang baik ialah: "Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah." (HR. Ahmad no. 513, sanadnya sahih. Lihat Majma' Az-Zawaid: 1/297, Ibnu Hajar dalam Bulugh Al-Maram merujukkan kepada riwayat Abu Sa'id dalam An-Nasa'i dan berkata: telah menghukumnya sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema