Anda di luar talian — kandungan dibaca daripada simpanan peranti.
HisnulMuslim
80

Bab 80 · 4 doa

Doa ke atas mayat dalam solat jenazah

80.1

اللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ]

"Ya Allah, ampunilah baginya, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka." (HR. Muslim: 2/663).

Hafaz
80.2

اللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا، وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا، وَصَغِيْرِنَا وَكَبِيْرِنَا، وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا، اللّٰهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِسْلَامِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الإِيْمَانِ، اللّٰهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

"Ya Allah, ampunilah mereka yang masih hidup dan yang telah mati, yang ada dikalangan kami dan yang tiada, yang kecil dikalangan kami dan yang tua serta yang lelaki dikalangan kami dan yang perempuan. Ya Allah, orang-orang yang telah Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia dalam Islam dan orang-orang yang telah Engkau matikan di antara kami, matikanlah dia dalam imam. Ya Allah, janganlah Engkau halang kami dari pahalanya janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya." (HR. Ibnu Majah: 1/480, Ahmad: 2/368. Lihat juga Sahih Ibnu Majah: 1/251).

Hafaz
80.3

اللّٰهُمَّ إِنَّ فُلَانَ بْنَ فُلَانٍ فِيْ ذِمَّتِكَ، وَحَبْلِ جِوَارِكَ، فَقِهِ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ، وَعَذَابِ النَّارِ، وَأَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقِّ، فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

"Ya Allah, sesungguhnya fulan bin fulan di dalam jagaan Engkau, dan tali perlindungan Engkau, maka peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Engkaulah ahli yang menunaikan janji dan kebenaran, maka ampunilah baginya dan kasihanilah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (HR. Ibnu Majah, Lihat Sahih Ibnu Majah: 1/251. Abu Daud: 3/211).

Hafaz
80.4

اللّٰهُمَّ عَبْدُكَ وَابْنُ أَمَتِكَ احْتَاجَ إِلَى رَحْمَتِكَ، وَأَنْتَ غَنِيٌّ عَنْ عَذَابِهِ، إِنْ كَانَ مُحْسِنًا فَزِدْ فِيْ حَسَنَاتِهِ، وَإِنْ كَانَ مُسِيئاً فَتَجَاوَزْ عَنْهُ

"Ya Allah, hamba Engkau dan anak hamba perempuan Engkau mengharapkan belas kasihan Engkau dan Engkau Maha Kaya dari mengazabnya. Sekiranya dia melakukan kebajikan maka tambahkanlah ia pada kebajikan dan sekiranya dia berdosa, lepaskanlah dia darinya." (HR. Al-Hakim mentashihkannya dan disokong oleh Az-Zahabi: 1/359. Lihat Al-Albani, Ahkam Al-Janaiz ms. 125).

Hafaz

Tetapan

Bahasa
Saiz teks Arab

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Fon Arab
Suara bacaan Arab

Audio bacaan: Greentech Apps Foundation (gtaf.org), melalui Internet Archive.

Tema