"Ya Allah, jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala dan simpanan bagi kedua ibubapanya dan pemberi syafaat yang diterima doanya. Ya Allah, dengan kematian ini beratkanlah timbangan pahala mereka dan besarkanlah ganjaran bagi mereka. Kumpulkan dia bersama orang-orang yang soleh dan letakkan dia di bawah jagaan Nabi Ibrahim ﷺ . Lepaskan dia dengan rahmatMu dari azab neraka dan gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya dan ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya. Ya Allah, ampunilah datuk nenek kami, anak-anak kami serta orang-orang yang beriman sebelum kami." (Lihat Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah: 3/416 dan Ad-Durus Al-Muhimmah oleh Ibnu Baz, ms: 15).
"Ya Allah, jadikan dia bagi kami sebagai simpanan pahala, amanah, dan ganjaran yang baik." (HR. Al-Baghawi dalam Syarh As-Sunnah: 5/357, Abdul Razzaq No. 6588, Bukhari Ta'liqan dalam Kitab Al-Janaiz: 2/113).